Melalui pembelajaran minggu ini, saya mempelajari apakah itu Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS). Berdasarkan kedua-dua sistem ini, ia amat penting digunakan dalam sistem pebelajaran pada masa kini. Lebih-lebih lagi pada masa kini pelbagai maklumat dapat diperolehi hanya dihujung jari. Contohnya, di UKM, penggunaan i-Folio yang bertujuan untuk mendapatkan nota, tugasan, perbincangan daripada tenaga pengajar. Melalui i-Folio ini juga pelajar dapat menghantar tugasan dalam tempoh yang diberikan oleh pensyarah. Akhir sekali, penggunaan (LMS) dan (CMS) perlulah digunakan oleh semua IPT atau IPTS agar sistem pembelajaran lebih efisien.
REFLEKSI MINGGU KE-3
Pada minggu ini, saya memperoleh serba sedikit ilmu pembelajaran komputer dan pendidikan dari Dr Siti Fatimah. Antaranya ialah saya dapat mempelajari cara-cara untuk membuat website dan sekaligus cara-cara untuk menggunakannya. Selain itu, saya juga dapat mengetahui apa itu komputer sebagai alat,guru dan pelajar. Sebelum ini, saya tidak mengetahuinya, tapi melalui pembelajaran ini, saya dapat satu ilmu baru yang dapat diterapkan dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi perkara sebegini harus di terapkan kepada semua bakal pendidik masa hadapan supaya seiring dengan zaman generasi sekarang. Akhir sekali,pada minggu ini juga saya dapat meningkatkan tahap kemahiran saya dalam bidang komputer khususnya menggunakan website.